10 JANJI KAMI KEPADA MAHASISWA UUM.
1. Semua kumpulan kaum di universiti ini diberikan hak sama rata baik dari sudut sosial mahupun pendidikan.
2. Kami akan memastikan kerusi MT MPPUUM diisi oleh semua kumpulan kaum. Semua kaum adalah majoriti dan tiada kaum yang minoriti.
3. Kami akan mendesak agar pihak pentadbiran universiti menyediakan tempat ibadat bagi kumpulan bukan Islam sejajar dengan konsep SATU MALAYSIA.
4. Kami akan memastikan sumbangan kebajikan kepada kematian ibu bapa dinaikkan kepada RM1500.00.
5. Kami akan memastikan pihak pentadbiran universiti menyediakan ruang makanan tidak halal di kafe bagi kumpulan bukan Islam.
6. Kami akan mendesak pihak universiti agar mahasiswa dibenarkan berdemonstrasi bersama kumpulan NGO luar kampus bagi memperkasakan suara mahasiswa.
7. Demi menghormati mahasiswa bukan Islam, laungan azan tidak akan kedengaran secara terbuka, hanya di dalam masjid dan surau sahaja.
8. Kami akan mempastikan pembahagian jawatan PENGETUA dan FELO DPP diisi oleh semua kaum.
9. Kami akan mendesak pentadbiran akademik mewujudkan subjek yang mengajar tentang setiap agama dan dijadikan sebagai teras subjek universiti.
10. Sebarang bentuk dana kewangan untuk sebarang program mahasiswa mestilah terus ke akaun persatuan atau individu agar keberkesanan program terjamin dan salahguna kuasa oleh pihak universiti dapat dihalang.

No comments:
Post a Comment