Merujuk kepada perkara di atas saya Tengku Mohd Hasrul bin T.Malek, nombor matrik 122844, mewakili Pakatan Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (PRO-MAHASISWA UUM) dengan ini membantah segala cadangan dan perlaksanaan E-Voting (E-Pengundian) sempena Pilihanraya Kampus UUM (PRK) yang akan dijalankan tidak lama lagi.
2. Kami tidak menafikan bahawa E-Pengundian merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk membantu Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di dalam menjalankan proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar yang mana proses pemilihan yang dijalankan sebelum ini dilakukan secara manual dan mengambil masa yang terlalu panjang. Namun begitu kami bersepakat bahawa kaedah ini tidak boleh dilaksanakan sama sekali berdasarkan perkara berikut juga pengalaman-pengalaman yang dikongsi oleh Universiti-universiti yang telah menggunakan sistem ini :
Sistem Mudah Dimanipulasi.
Integriti ketua pusat mengundi dan ketua pusat penjumlahan undi boleh dipersoalkan kerana kejujuran seseorang sukar dibuktikan. Manakala Bahasa pengekodan (programming language) yang ditulis tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana calon atau agen calon tidak diberikan salinan bahasa tersebut walaupun telah diminta.
Jika sistem yang berkenaan mampu mengenal pasti sama ada pengundi telah mengundi atau tidak, maka sistem tersebut juga mesti berupaya untuk mengesan siapa yang telah pengundi undi. Jadi, rahsiakah undi pengundi yang berkenaan? Mungkin pihak yang bertanggungjawab membangunkan sistem itu tidak ke arah itu, tetapi ini tidak bermaksud perkara berkenaan (track the votes) mustahil. Bagi pendapat kami, selagi ada cara untuk mengesan siapa yang telah pengundi undi, selagi itu undi daripada pengundi tidak rahsia. Tidak kira pengundian secara manual ataupun e-undi.
Masalah Kebolehupayaan
Pengundian terpaksa ditangguhkan untuk beberapa ketika kerana masalah sistem undian yang sering tergendala. Gangguan pada sistem ini boleh menyebabkan berlakunya kesilapan dan pencerobohan daripada luar. Kebarangkalian untuk kebocoran yang berleluasa yang tinggi adalah tidak mustahil.
Kawalan penuh oleh TNC dan HEP
Jawatankuasa yang dibentuk dianggotai oleh TNC(HEP dan Alumni) serta staf ¨C staf HEP yang membantu calon aspirasi. Di UPM sebagai contoh, Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JKI) dipengerusikan oleh TNC HEP dan beliau juga berkuasa dalam perlantikan jawatankuasa yang lain. Mungkin Di UUM kali ini agak berbeza, namun perkara ini masih boleh jadi polemik kerana masih dibawah kawalan HEP dan sudah tentu HEP dibawah kawalan TNC HEP juga.
Tiada badan bebas daripada luar untuk memantau PRK dan sistem E ¨C Pengundian.
PRK yang telus sepatutnya membenarkan badan bebas atau NGO luar (MAFREL, SUHAKAM, SPR dll) membuat penilaian dan audit terhadap sistem e ¨Cundi. Jika ia masih dibawah seliaan pihak HEP, bagaimana ketelusannya dapat diyakini sepenuhnya sedangkan HEP sendiri bertindak membantu calon daripada aspirasi?
Calon atau wakil calon tidak dibenarkan berada di dalam pusat pembuangan undi.
Pada perlaksanaan E-Pengundian di kampus-kampus lain sebelum ini calon atau ejen calon tidak dibenarkan sama sekali berada di dalam pusat pembuangan undi sedangkan dalam pilihanraya umum, calon atau egen calon dibenarkan untuk melihat proses pembuangan undi.
Calon atau ejen calon dinafikan hak untuk terlibat dalam proses pengiraan undi.
Calon atau ajen calon tidak dapat melihat pengiraan undi dilakukan tetapi hanya mengetahui jumlah tertentu selepas pengiraan dilakukan.
Tiada senarai daftar pengundi
Senarai daftar pengundi tidak diberikan kepada calon untuk semakan daftar pengundi sedangkan hanya mahasiswa tertentu sahaja dibenarkan untuk mengundi. Berbanding pilihanraya umum, senarai daftar pengundi diberikan untuk semakan calon yang bertanding.
Kos untuk membangunkan sistem E ¨C Undi adalah sangat tinggi.
Penggunaan wang yang sangat besar adalah satu pembaziran sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk pembangunan pelajar. Pengurusan wang yang banyak secara tidak sistematik memungkinkan berlakunya penyelewengan di kalangan pegawai universiti.
3. Jika benar sekalipun sistem ini tetap mahu dijalankan pihak HEP seharusnya memikirkan beberapa perkara seperti berikut :
¡¤ Calon perlulah dibenarkan untuk mendapatkan salinan bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk membuat sistem e-undi.
¡¤ Calon dan wakilnya diberi penerangan secara khusus berkaitan perjalanan sistem e-pengundian ini dengan sepenuhnya.
¡¤ Sewaktu Pengiraan undi dijalankan perlu dilakukan kali pertama di pusat pembuangan undi dan penjumlahan keseluruhan di lakukan di pusat pengiraan undi utama.
¡¤ Perlu diwujudkan ¡°standard procedure¡± oleh pihak tertentu agar sistem ini tidak dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
¡¤ Wujudkan sebuah jawatankuasa bebas daripada pihak luar untuk memantau sistem piliharaya ini dari segi perjalanannya dan sistem jaringannya.
4. Jika benar sistem ini mahu dilaksanakan dikampus ini dan jika benar ia mahu dilaksanakan dengan telus tanpa agenda tersembunyi kami mengharapkan saranan-saranan yang berkenaan perlu mendapat pertimbangan daripada pihak Datuk TNC HEPA .
5. Seperkara lagi, apakah relevannya sistem ini kononnya untuk mempercepatkan proses pengiraan undi?. Sedangkan USA, Jepun, United Kingdom sekalipun yang teknologinya jauh meninggalkan kita tidak menggunakan sistem begini dalam perlaksanaan demokrasi mereka hatta sistem pengundian di Malaysia pun kaedah ini tidak diterima sama sekali. Jadi, kami tidak nampak kenapa UUM dan mana-mana kampus dalam Malaysia ini wajar melaksanakan dasar demokrasi kononnya dengan cara yang begini?. Jika pemilihan ini tetap juga mahu dilaksanakan, ia tidak ubah seperti memilih calon pemimpin seperti memilih artis-artis realiti TV seperti Akademi Fantasi, Gang Starz, Sehati berdansa dan mana-mana sahaja rancangan realiti TV. Beginikah yang pihak UUM mahukan?.
6. Jika benar konsep keadilan, ketelusan dan berakauntabiliti dipegang dan mahukan penghasilan pemimpin mahasiswa yang berkualiti, wajar sistem yang meragukan sama sekali ini tidak pernah ada dalam pemikiran sekalipun, sedangkan sistem secara manual pun sudah mampu dimanipulasi dengan mudah, dan dengan itu, sistem yang masih tidak mampu menjamin keadilan dan ketelusan ini digunakan untuk memilih MPP ini kami bantah sama sekali dan kami tidak akan membiarkan demokrasi kampus dirosakkan dengan kepentingan tertentu.

No comments:
Post a Comment